Cara Mudah Untuk Suri Rumah Jana Duit Poket Di Rumah

12

Kepelbagaian dalam dunia digital masa kini membuka peluang yang lebih luas untuk ibu-ibu suri rumah untuk menjana duit poket sambil berada di rumah bersama anak-anak yang tersayang.  Dalam artikel ini akan dikongsikan panduan lengkap langkah-langkah terperinci tentang cara untuk menjana duit poket melalui program affiliate, memberi tumpuan kepada fleksibiliti dan kebolehan malakukannya dari keselesaan rumah anda. Sebagai ibu bapa, kita memahami sepenuhnya betapa pentingnya menguruskan anak-anak dan keluarga. Namun, dengan peluang yang terdapat dalam program affiliate tanpa perlu risau tentang masa dan kesesakan trafik, anda tidak perlu untuk keluar dari rumah dan boleh menjana pendapatan sambil menikmati waktu bersama keluarga di rumah. AstraVille by Astra Family merupakan satu pilihan terbaik bagi ibu bapa yang ingin menceburi niche keibubapaan dengan pilihan barangan bangi yang pelbagai dan ganjaran komisen yang menarik.

Manfaat Menyertai Program Affiliate Astra Family

Affiliate merupakan satu bentuk kerjasama yang melibatkan penjual atau pengeluar produk bekerjasama dengan anda untuk mengiklankan dan mempromosikan produk yang mereka tawarkan. Apabila anda menyertai program affiliate, anda akan diberikan link khusus atau kod unik yang digunakan untuk mempromosikan produk tersebut. Bagi setiap pembelian melalui link khusus anda yang telah diberikan, anda akan menerima 10% komisen atau ganjaran dari hasil penjualan tersebut.

Secara langsung anda juga dapat menikmati diskaun sebanyak 7% bagi barangan non-discounted di astrafamily.co untuk pembelian peribadi anda. Ini dapat memanfaat ramai ibu-ibu suri rumah dalam berjimat semasa pembelian barangan bayi dan keperluan parenting anda. Bukan itu sahaja, bagi setiap pembelian peribadi anda juga dapat kumpul Astra Coins yang mana boleh digunakan untuk pembelian di masa depan. Membeli sambil mengumpul, meluangkan masa di rumah sambil menjana duit saku.

Langkah-Langkah Menyertai Program Affiliate Astra Family

Dengan hanya membuat pembelian melebihi RM100, anda boleh menyertai Astra Family dan mengaktifkan keahlian membership Astra Family; AstraVille secara automatik. Keahlian Astra Family ini membawa banyak manfaat, termasuk penerimaan Astra Coins sebagai ganjaran dan penghantaran percuma untuk pesanan bernilai RM85 dan ke atas. Sebagai ahli Astra Family, anda akan mendapat akses kepada pelbagai promosi eksklusif dan penawaran istimewa yang tidak terhingga. Jadi, layari Astrafamily.co untuk menyertai Astra Family hari ini!

Cara-cara untuk Kongsi Affiliate Link Anda

Gambar rajah berikut merujuk kepada langkah-langkah untuk anda kongsikan kod khas atau affiliate link bagi setiap produk yang ingin anda dikongsikan. Bagi menetapkan pembayaran komisen, setiap barang perlu jana affiliate link yang berbeza. Dengan menggunakan platform-platform media sosial yang pelbagai seperti Facebook, Instagram, TikTok, Lemon8 dan X.com, semudah membuat posting untuk dapatkan engagement dan menggalakkan kenalan anda untuk membuat pembelian melalui link yang disediakan. Setiap pembelian membolehkan anda untuk dapatkan komisen dan mengumpul lebih banyak duit poket tanpa perlu menggunakan tenaga yang banyak pun. Mudah kan? Posting boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja! Sebelum keluar dari rumah untuk hantar anak ke sekolah, selepas makan malam, malahan sebelum anda tidur pun boleh.

02 step1 & 2

Langkah 1 & 2

03 step3 & 4
Langkah 3 & 4
04 step5 & 6
Langkah 5 & 6
05 step7 & 8
Langkah 7 & 8

Tips Khas Untuk Ibu-Ibu Suri Rumah

1. Pemilihan Niche Yang Relevan

Satu perkara yang penting sebelum anda melangkah lebih jauh dalam program affiliate ialah dengan memilih niche yang sesuai. Lebih-lebih lagi jika bidang itu adalah sesuatu yang anda gemari atau memiliki pengetahuan yang mendalam. Memilih bidang yang sesuai akan memudahkan anda dalam memahami keperluan dan kehendak pelanggan serta menarik perhatian audiens yang relevan. Anda boleh melihat kepada minat peribadi, hobi, atau bidang yang menjadi kekuatan anda. Sebagai ibu suri rumah, senarai berikut merupakan antara niche yang sesuai bagi suri rumah:

a) Masakan Rumah

b) Menghias / Membersihkan Rumah

c) Aktiviti Kreatif Bersama Anak-anak

d) Kelab Ibu-ibu

e) Penjagaan Anak-anak Berkelainan Upaya

f) Penjagaan Bayi Newborn

g) Mengajar Anak-anak Di Rumah

2. Membangunkan Prasarana Promosi Anda 

Setelah memilih program affiliate, tiba masanya untuk mencipta platform untuk mempromosikan produk-produk tersebut. Membina laman web, blog, atau Telegram channel adalah langkah yang baik. Dalam platform anda, isi kandungan dengan ulasan produk yang jujur, artikel yang memberi nilai tambah kepada pembaca, atau tips berguna berkaitan dengan bidang yang dipilih. Pastikan kandungan yang disediakan relevan, informatif, dan menarik bagi audiens anda.

3. Memanfaatkan Kuasa Media Sosial

Media sosial adalah alat yang hebat untuk memperluaskan jangkauan anda. Gunakan media sosial mempromosikan produk-produk affiliate anda dengan kongsikan di dalam group komuniti, membuat posting dan sebagainya. Media sosial memberikan ruang kepada anda untuk berinteraksi dengan pelbagai audiens dan menyampaikan maklumat tentang produk anda secara lebih interaktif. Bagi tumpuan kepada pautan atau kod affiliate anda di sini untuk meningkatkan peluang mendapatkan pembeli. Secara tidak langsung, ibu-ibu juga dapat belajar dan teroka cara untuk menghasilkan konten and copywriting yang efektif dan berkualiti.

4. Penjadualan yang Bijak untuk Produktiviti Optimum

Aturkan jadual kerja yang fleksibel tetapi tersusun dengan baik. Identifikasi waktu-waktu terbaik untuk bekerja tanpa mengganggu interaksi dan kebersamaan bersama anak-anak. Ini mungkin termasuk menyesuaikan jadual kerja dengan waktu tidur anak atau aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan secara mandiri.

5. Keterlibatan Anak dalam Aktiviti Berkaitan Pekerjaan

Memperkenalkan anak-anak dalam proses kerja anda boleh menjadi pengalaman yang memberangsangkan. Anda boleh mengajak mereka membantu dalam aktiviti seperti penghasilan ulasan produk atau membuat kandungan visual. Ini tidak hanya melibatkan mereka dalam kerja tetapi juga membuka minda mereka terhadap dunia pekerjaan dan teknologi.

6. Menguasai Jaringan Komuniti Ibu Bapa

Sertailah komuniti ibu bapa dalam talian untuk mendapatkan sokongan dan inspirasi. Manfaatkan platform ini bukan hanya untuk perkongsian pengalaman dalam pengasuhan anak-anak tetapi juga sebagai ruang untuk mempromosikan produk affiliate anda. Interaksi dengan audiens yang berkongsi kepentingan serupa boleh membuka peluang pemasaran yang lebih besar. Terdapat banyak group-group komuniti suri rumah yang boleh dijumpai dengan mudah terutamanya di platform Telegram dan Facebook.

6. Kesihatan Emosi dan Pengurusan Stres

Menjaga keseimbangan antara bekerja dan kehidupan keluarga boleh mencabar secara emosi. Selain menjalankan tanggungjawab kerja dan keluarga, penting juga untuk memberi perhatian kepada kesejahteraan emosi anda. Luangkan masa untuk bersantai, melakukan aktiviti yang memberi ketenangan, dan jaga keperluan diri anda.

Dengan menyelaraskan tips-tips ini dalam rutin harian anda, ia bukan hanya membantu meningkatkan kecekapan kerja anda dalam program affiliate tetapi juga memastikan keharmonian dalam kehidupan keluarga. Anda akan menemui bahawa seiring dengan pencapaian matlamat pekerjaan, pengalaman dan kebahagiaan dalam peranan sebagai ibu bapa juga semakin bertambah.

medium shot woman working with baby

Program Affiliate Astra Family Mampu Bantu Suri Rumah

Dalam dunia yang semakin digital dan terkini ini, melibatkan diri anda dalam program affiliate menawarkan pelbagai kelebihan yang signifikan, terutama kepada ibu bapa yang menjalankan tanggungjawab keluarga di rumah. Mari jelajahi dengan lebih terperinci bagaimana program affiliate membawa manfaat yang penting:

1. Fleksibiliti Masa yang Membantu dalam Pengurusan Kehidupan

Salah satu kelebihan utama program affiliate adalah fleksibiliti masa yang terjamin. Ini membolehkan ibu bapa untuk menguruskan kerja-kerja affiliate mengikut jadual mereka sendiri, tanpa terikat dengan waktu pejabat yang kaku. Anda dapat menyesuaikan jadual kerja anda mengikut keperluan keluarga serta membuat keputusan berkaitan masa kerja anda sendiri.

2. Peluang Pendapatan Sampingan yang Membangunkan Kewangan Keluarga

Program affiliate menawarkan peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan yang bermakna tanpa perlu meninggalkan rumah. Ia bukan sahaja membantu menyokong keperluan kewangan keluarga, tetapi juga memberikan ketenangan fikiran kerana ia membolehkan ibu bapa menjalankan kerja dari rumah sambil terlibat secara aktif dengan keperluan keluarga mereka.

3. Peningkatan Kecekapan Digital yang Membuka Peluang Masa Depan

Terlibat dalam program affiliate juga membawa peluang untuk mempelajari dan meningkatkan kemahiran dalam pemasaran digital, analitik laman web, pengoptimuman carian, dan pengurusan media sosial. Pengetahuan ini tidak hanya memberikan kelebihan dalam kerja affiliate, tetapi juga membuka peluang untuk perniagaan atau projek masa hadapan yang lebih besar.

Kesimpulannya

Program affiliate Astra Family ini merupakan satu cara yang efisen untuk ibu-ibu suri rumah menjana pendapatan tambahan sambil berada dalam lingkungan keluarga. Dengan langkah-langkah yang betul dan usaha yang konsisten, anda boleh mencapai kejayaan dalam bidang ini sejurus dengan memenuhi kehendak dan masa bersama yang tersayang. Ingatlah untuk sentiasa memberikan nilai kepada pembaca anda dan jangan lupa untuk mengekalkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan keluarga. Selamat mencuba!

Shopping Cart
Scroll to Top
2023.02 formbanner
Astra Family x Subscribe to redeem a welcome voucher Pop Up
Follow / like Astra Family Malaysia on FB/IG for more promo details!